Friday, June 8, 2007

Si Penjual Kitab

"Assalamualaikum!!!!''

''Assalamualaikum!!!!''

''Assalamualikum!!!!''

“makcik,kami dari sekolah A ada jual kitab sikit,kami ni jual sambil menderma,sekolah kami sekarang ni tengah buat bangunan baru,jadi kami perlu sikit bantuan dari makcik…..”

“rasa makcik tak ambik kot,rasa anak makcik baru beli aje beli buku ni,terima kasih aje lah nak!”

Begitulah zikir-zikir bagi penjual kitab secara direct selling yang pergi ke rumah-rumah…..

Kadang-kadang tu ada setengah rumah yang tutup pintu terus apabila tetamu-tetamu ni sampai……

Kadang-kadang ada yang terus dihalau macam mereka ni tidak ada perasaan….

Aku sekarang ni baru aje letak jawatan dari kerja ni semenjak pindah ke kawasan baru,kawasan tempat aku duduk ni berlain bahasa dan bangsa dengan aku……..

Aku ni wakil kepada tetamu-tetamu nak habaq kat penduduk kampung semua,

“layani lah mereka dengan baik pasai mereka ni pun ada jugak perasaan……..


**selamat pengantin baru kepada:-




Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,
semoga berkekalan hingga hujung nyawa……..



Wednesday, May 30, 2007

ulasan tentang lawak

Manusia ada tiga peringkat dan kelompok bila mendengar atau membaca cerita lawak:-

Kelompok pertama,

Cepat respon;
-cepat sangat faham ,kadang-kadang cerita lawak belum habis baca atau dengar sudah gelak sakan…

Kelompok kedua,

Respon yang sederhana,
-golongan ni ok la,apabila sudah habis dengar atau baca cerita lawak baru la gelak sakan…

Kelompok yang ketiga,

Lambat respon,
-golongan ni bahaya,kadang-kadang cerita lawak dah habis kat satu jam tak ada tindak balas,mungkin golongan sudah kehilangan satu perasaan dalam diri dia,cepat –cepat pergi cek kat doctor……
*kepada pengunjung blog ini janganlah jadi golongan yang ketiga,dan dilarang kepada golongan ketiga mengunjungi blog ini,takut-takut penyakit anda menjangkiti orang la

Monday, May 28, 2007

lawak tak?

aku hari dah masuk,tapi tak tahu nak tulis apa2,last2 aku teringat satu lawak yang aku ciplak dari kitab aku,

''woi!kereta polis yang aku bawak kena kebas!"kata polis tu..

"pastu apa yang hang buat"tanya member dia..

"nasib baik aku sempat ambik nombor plat dia"balas polis tu..

Sunday, May 13, 2007

Al-fatihah...

Al-fatihah,
.....satu surah yang berada di permulaan Al-quran,

Ummul kitab,
.....satu surah yang mempunyai pelbagai nama,

Al-fatihah,
.....satu surah yang merangkumi satu agama,

Ummul kitab,
.....satu surah yang sentiasa diulang-ulang ketika solat,

Al-fatihah,
.....satu surah yang mengariskan panduan seorang MUSLIM,
.....dari kita mula dilahirkan hingga bertemu maha pencipta,

Ummul kitab,
.....satu surah yang mempunyai banyak tasydid,
.....yang perlu dipelihara ketika membacanya,

Al-fatihah,
.....satu surah dan juga doa yang sangat sempurna,
.....moga Allah memberkati kita semua,

-('',)elhamy baru aje mula tasmi' Al-quran,mula-mula Al-fatihah,banyak salah,masa kali pertama tu,berpeluh jugak.....

Wednesday, April 18, 2007

betul ker?

"elhamy,aku ada nampak gambaq hang kat tv"kata budak tahun dua.

''bila masa pulak aku masuk tv?(tv syria)''kataku(hatiku:aku kat malaysia pun tak pernah masuk tv ,macamana kat sini boleh keluar)

''ala waktu pengajian syeikh wahbah,awal surah al-an'am"katanya lagi

''aku dah berapa minggu tak pi,betul ker?"hairan aku.(terdetik rasa bangga kat hati,keluar tv waktu pengajian)
............................................................................................................................................................................

- untuk pengetahuan semua pelancong laman elhamy,kat syria ni banyak(ramai dalam bahasa kedah)pengajian-pengajian talaqqi,boleh dikatakan setaip malam dan setiap jami'(masjid).antara rajin dan malas aje.

nota:takziah kat selangor(team syria)sebab kalah ngan kedah(team syria)5-2.........

Thursday, April 12, 2007

budak baru

...................................................................................................................................................................................
buah kurma diluar pagar
ambil unta tolong petikkan
'ana telmizun' baru belajar
'law khotoun' tolong ajarkan

bermulalah kisah baru dalam hidupku,satu kisah yang tak pernah terlintas difikiran ku untuk mempelajari satu fasal dalam kitab internet ni.Ia tercetus daripada diriku yang tersangat 'boring' tak tau nak buat apa dah.........

nota:boring iaitu tak tau nak buat apa2.....